Program Smart Services @NADI
4 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniBeberapa program dan sesi latihan telah berjaya dilaksanakan di bawah inisiatif Smart Services yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan bermanfaat kepada para peserta. Inisiatif ini bertujuan memperkasakan komuniti dengan pelbagai kemahiran selaras dengan keperluan semasa. Antara program yang telah dijalankan sepanjang bulan ini adalah seperti berikut:
Kelas – SLS Mahir Foto: Studio Lighting dalam fotografi
Tarikh: 03 Mac 2026
Masa: 9.00 Pagi
Kelas Kesejateraan Kendiri - APD
Tarikh: 03 Mac 2026
Masa: 10.30 Pagi
Short Learning Series – Mahir Jahit (Fashion Styling bersama Wawa Idris)
Tarikh: 05 Mac 2026
Masa: 11.30 Pagi – 12.30 Tengah hari
Webinar Cybersecurity: Bahaya Serangan Malware
Tarikh: 5 Mac 2026
Masa: 3.00 Petang – 4.00 Petang
Kesejahteraan Kendiri – Sihat Ramadan : Reset gaya hidup sihat selamanya.
Tarikh: 06 Mac 2026
Masa: 10.30 Pagi
Kids Venture Live: Reka Perniagaan Mini 1
Tarikh: 08 Mac 2026
Masa: 10.00 Pagi – 11.30 Pagi
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam pelbagai bidang dan melalui penganjuran program yang bersifat interaktif dan praktikal ini, peserta berpeluang menimba ilmu baharu, mengasah bakat sedia ada serta membina keyakinan diri dalam meneroka bidang-bidang yang semakin relevan dengan keperluan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
